84835

"Saya Pun Tak Tahu Saya Hamil Atau Tak" – Nur Fazura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Nur Fazura memberitahu bahawa dia sendiri tidak pasti sama ada dirinya sedang hamil ataupun tidak.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila pelakon Ayat-Ayat Cinta 2 itu dikhabarkan hamil selepas sebuah video yang seolah-olah menunjukkan dia sedang hamil menjadi tular.

“Sejujurnya saya tak tahu saya hamil ataupun tidak. Saya memang kuat makan pun. Video-video viral itu sebenarnya satu gurauan sahaja. Saya memang suka gedik-gedik bila bersama rakan-rakan. Dalam ‘mood’ bulan madu tu saya pun terlepas cakap mungkin sebab mengidam kot”, jelasnya.

Tambah Fazura lagi, dia turut terkejut apabila berita tentang ‘kehamilannya’ menjadi bahan berita di media sosial.

“Saya belum buat sebarang pemeriksaan atau ujian lagi. Jika ada perkhabaran gembira Insyaallah saya akan kongsi dengan semua”, jelasnya.

Fazura ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem terbaru lakonannya Ayat-Ayat Cinta 2 bersama peminat di The Curve.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!