72004

"Saya Sangat Berkecil Hati" – Luahan Fasha Sandha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gara-gara bentuk badan Fasha Sandha yang dikatakan terlalu kurus, beliau telah ditegur didepan khalayak ramai sehingga ia mengakibatkan Fasha berkecil hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemilik butik Xema Su.

Apa yang difahamkan, teguran yang dilakukan itu bukanlah dalam nada marah tetapi ia tetap satu teguran yang akan membuatkan seseorang itu berkecil hati.

fa22c6e9b5bfedce7455ea1290b56d95

Hal ini berlaku apabila baju yang akan dipakai oleh Fasha dalam filem Badang terpaksa di alter beberapa kali sehingga mungkin ia menyebabkan pemilik butik itu berasa tertekan.

Jom kita baca kenyataan dari tuan empunya badan sendiri berkenaan dengan isu ini. 

“Sorry Abang saya lambat reply. Saya busy shooting filem Badang. Please keep this between us. Saya tak dimarahi pun. Saya cuma ditegur sebab saya kurus. Saya amat kecil hati sebab saya ditegur di depan orang ramai.

“Pemilik Xema Su stress sebab baju kena alter banyak kali dalam masa sebulan. Akibatnya Xema Su termarah saya di butik. Namun begitu saya telah memohon maaf kerana menyusahkan pihak Xema Su,” – tulis Fasha Sandha menerusi Whatsapp.

Bila difikirkan balik rasa kelakar pula sebab hanya kerana bentuk badan Fasha yang sudah semakin kurus, ia boleh menyebabkan pertelingkahan sedangkan ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang artis untuk sentiasa tampil menawan apabila dikhalayak ramai mahupun dihadapan kamera.

Walau apapun, Fasha sentiasa berfikiran positif dan sanggup memohon maaf walaupun ia bukanlah kesalahan daripadanya. Semoga hal ini tidak berpanjangan.

Sumber : Beautifulnara

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!