Terkejut juga kami membaca pendedahan penyanyi berbakat besar yang sedang meningkat naik iaitu Ernie Zakri yang meluahkan kekecewaannya di Instagram.

Kata Ernie dia terasa seperti diperbodohkan untuk terlibat dalam ‘gimik’ penyanyi yang dipercayai Haqiem Rusli yang tular baru-baru ini gara-gara dikatakan mengalami depresi.

Luah Ernie, semalam dia membazirkan masanya selama dua jam untuk memenuhi undangan kepada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya rencana yang diaturkan untuknya.

Mengikut kronologi cerita, Ernie dikhabarkan dijemput ke sebuah stesen radio swasta untuk memberi sokongan kepada seorang penyanyi lelaki dek situasinya yang dikatakan mengalami dipresi, tetapi semua itu ternyata hanyalah gimik untuk pelancaran lagu terbaru penyanyi tersebut.

Kata Ernie dia merasakan dirinya seperti orang bodoh kerana tidak diberitahu sebab sebenar kehadirannya ke sana. Luah Ernie lagi, bukan senang untuk dirinya sampai ke tahap sekarang dan harus menjaga periuk nasinya yang telah dibina sejak 8 tahun lalu. Disebabkan untuk memenuhi undangan ke stesen radio itu, Ernie terpaksa membatalkan beberapa rancangan.

 

Diruangan komen, ramai rakan-rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepada Ernie dan menyokong tindakannya itu.

Turut kelihatan penyanyi Haqiem Rusli meminta maaf kepada Ernie di ruangan komen sekaligus membuktikan bahawa dialah penyanyi yang dimaksudkan.

Memetik kata-kata Ernie di Instagramnya, depresi bukanlah perkara yang boleh dibawa main atau dijadikan gimik untuk meraih perhatian netizen. Ada individu yang meragut nyawa mereka sendiri gara-gara depresi.

Nampaknya selebriti di Malaysia semakin galak melakukan gimik jelak semata-mata untuk meraih perhatian. Bagi SURIA ini sangatlah tidak sihat kerana jika anda melakukan gimik keterlaluan seperti itu, samalah dengan anda menipu peminat.

Kepada Ernie Zakri, SURIA harap anda terus pandang ke hadapan dan kuatkan semangat. Semoga isu ini dapat menemui penyelesaiannya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!