90947

“Saya Sudah Miliki Teman Wanita” – Dato’ Hans Isaac - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon, pengarah dan usahawan terkenal Dato’ Hans Isaac mengakui dirinya kini sudah mempunyai teman wanita.

Namun begitu, beliau enggan mendedahkan siapakah gerangan wanita berkenaan yang berjaya bertakhta di hatinya.

Saya tidak bujang! Saya sudah memiliki teman wanita. Saya tidak akan menipu kepada anda semua. Saya sedang berpacaran dengan seseorang tetapi saya tidak akan bagitahu siapa dia”, jelas Dato’ Hans ketika ditemui di sidang media Dewi Remaja 2018.

Menurut pelakon filem Baik Punya Cilok ini lagi, beliau akan mendedahkan siapa pilihan hatinya apabila tiba masanya untuk beliau berkahwin nanti.

“Macam dulu saya dah pernah janji, saya tetap dengan janji saya, kalau saya nak kahwin saya akan bagitahu“, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Hans Isaac telah terpilih untuk menjadi juri tetap pertandingan Pencarian Dewi Remaja 2018 yang akan bermula 25 November depan di Astro Ria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!