72660

"Saya Tak Guna Duit Suami" – Che Puan Juliana Evans - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-10-04-at-12-06-12-pm

Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa pelakon jelita Che Puan Juliana Evans kini bukan sahaja bergelar isteri kepada salah seorang kerabat diraja Selangor, tetapi dia juga seorang usahawan sekarang.

whatsapp-image-2017-10-04-at-12-06-12-pm-2

Seperti kebanyakan selebriti yang gigih mempromosi perniagaan masing-masing di laman sosial, Che Puan Juliana Evans yang lebih mesra dipanggil Ju tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama.

Tampil dengan koleksi jauhari dan aksesori perhiasannya sendiri yang dinamakan Jevans by Juliana Evans, Ju menyangkal spekulasi umum yang beranggapan bahawa dia menggunakan wang suaminya untuk pelaburan perniagaan ini.

whatsapp-image-2017-10-04-at-12-06-12-pm-1

“Saya tahu ramai yang membuat anggapan dan andaian bahawa perniagaan saya ini ditampung oleh suami saya. Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak menggunakan wang suami saya. Ini pelaburan saya sendiri dari wang simpanan saya sendiri. Malah idea untuk memulakan perniagaan ini juga sudah lama saya tanamkan sebelum berkahwin lagi,” jelas Ju kepada pihak Suria sewaktu ditemui di sidang media majlis pelancaran drama atas talian Matacinta.

Dalam drama tersebut Ju digandingkan bersama pelakon baru Julien Buteau yang berdarah kacukan Perancis, Poland dan Cina. Drama itu juga menyaksikan pembabitan seorang lagi pelakon bergelar Che Puan, iaitu Che Puan Syamim Farid, selain penampilan Sasha Saidin dan juga Dynas Mokhtar.

whatsapp-image-2017-10-04-at-11-51-49-am

Apapun kami mendoakan supaya Che Puan Juliana Evans berjaya dengan perniagaannya dan untuk mereka yang suka membuat andaian negatif tentang orang lain tanpa usul periksa, hentikanlah.

whatsapp-image-2017-10-04-at-12-06-13-pm

Untuk lebih banyak perkembangan sensasi klik di sini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!