85238

"Saya Tak Kisah Berkongsi Nama" – Nur Fazura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penyanyi popular Nur Fazura berkata beliau tidak kisah anda ada pihak yang mahu menggunakan nama yang sama dengan jenamanya.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila Fazura melancarkan jenama bulu mata palsu BeFaz yang hampir sama dengan satu lagi nama untuk jenama tudung terkemuka.

screenshot_2018-03-20-12-16-08-171

Perdebatan diantara netizen tercetus di mana masing-masing cuba mempertahankan siapa yang keluarkan dahulu jenama itu.

“Rasanya kita semua tahu bahawa saya dan Bong telah bekerjasama untuk projek ini (BeFaz) dari tahun lepas lagi. Cuma kami mencari masa yang sesuai untuk pelancaran sebagai contoh seperti hari ini (Showcase Fazura).

screenshot_2018-03-20-12-17-08-194

Tapi jika ada orang lain nak gunakan nama itu saya okay sahaja. Kita boleh berkongsi. Saya faham yang saya juga boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Kita tak tahu hati orang. Kita tak boleh baca hati orang. Saya percaya tiada apa-apa yang negatif. Saya tidak kisah berkongsi idea nama jenama itu”, jelasnya.

screenshot_2018-03-20-12-16-39-276

Fazura berkata demikian sewaktu ditemui di sidang media sejurus selepas tamat membuat persembahan sempena showcase Fazura yang dibawakan oleh One music.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!