88131

“Saya Tak Rasa Video Itu Aibkan Saya” – Datin Sri Shahida - Suria FM - Segalanya Hiburan

Video Datin Sri Shahida bersalin pernah tular beberapa minggu lalu apabila suaminya Dato’s Sri Aliff Syukri memuatnaik di Instagram.

Disebabkan video itu, ramai netizen termasuklah beberapa selebriti tempatan telah mengecam Dato’ Sri Aliff yang dikatakan telah mengaibkan isterinya sendiri.

Berkesempatan bertemu pasangan bahagia ini di majlis cukur jambul, aqiqah, tahnik dan rumah terbuka Aidilfitri, SURIA telah mendapatkan penjelasan daripada mulut Datin Sri Shahida sendiri tentang tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya.

“Saya tak rasa benda itu aibkan saya langsung. Sebenarnya pada mula video itu dimuatnaik, tak ada sangat kecaman. Namun selepas beberapa selebriti mula memberi pendapat, terus perkara itu menjadi panas”, jelasnya.

Tambah Datin Sri Shahida lagi, video sebegitu sudah sering ditonjolkan di kaca televisyen untuk babak isteri bersalin, lagipun auratnya masih terjaga.

Namun katanya, beliau turut menghormati pandangan para mufti dan pakar agama dan tetap memohon maaf andai video itu dilihat sebagai keterlaluan.

SURIA puji dengan sikap positif Datin Sri Shahida yang tidak mudah melatah malah berbesar hati untuk memohon maaf. Tahniah Datin Sri di atas kelahiran bayi lelaki yang sangat comel.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!