72688

"Saya Takkan Cinta Lokasi Dengan Fattah Amin – Janna Nick - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon yang sejak kebelakangan ini sering dilanda kontroversi, siapa lagi kalau bukan Janna Nick mengakui bahawa dia tak akan menjalin cinta lokasi bersama Fattah Amin.

Janna dan Fattah kini sama-sama sedang bergandingan untuk drama terbaru mereka iaitu Coffee Prince.

screen-shot-2017-10-13-at-9-39-01-pm

“Sebelum ini Fattah sering kali dikaitkan dengan mana-mana pelakon wanita yang bergandingan dengannya, dan saya juga sudah bersedia untuk dikaitkan dengan Fattah.

Tetapi saya betul-betul nak bagitahu kat orang, kalau betul la orang cakap Fattah Amin ni suka cinta lokasi, saya adalah orang pertama yang berlakon dengan dia yang takkan bercinta dengan dia”, kata Janna.

Wah tak sabar rasanya SURIA nak tonton drama Coffee Prince tu nanti. Agak-agak menjadi tak gandingan mereka berdua ni? Ye lah kalau tak ada bibit-bibit cinta lokasi, macam susah sikit nak ‘feel’ kan. Opps! Jangan mengata!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!