89461

“Saya Tidak Akan Berkawan Dengan Budak Mentah Seperti Ismail” – Fathia Latiff - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini tular di media sosial selepas pelakon sensasi Fathia Latiff memuatnaik gambar penyanyi remaja meningkat naik Ismail Izani bersama Zarina Anjoulie di Instagram miliknya.

Menurut Fathia tujuan dia memuatnaik gambar itu adalah di atas permintaan rakan baiknya Zarina sendiri selepas Ismail dikatakan tidak membayar bil hotel.

Namun lain pula jadinya apabila Fathia dikatakan menjalin hubungan dengan Ismail oleh netizen.

“Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini.

“Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan ada hubungan dengan Ismail”, jelasnya.

Tambah Fathia lagi, penyanyi yang popular dengan lagu Luar Biasa itu tidak memenuhi ciri-ciri kriteria lelaki idamannya.

Terus terang, kata Fathia lagi, penyanyi remaja popular dengan lagu Luar Biasa itu juga tidak memenuhi kriteria teman lelaki idamannya.

“Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail”, katanya.

Fathia turut meminta pihak media untuk bertanyakan kepada Zarina sendiri tentang hal yang berlaku diantara mereka berdua.

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber