72706

Sazrin Mengorak langkah Dari Pentas Peragaan Ke Bidang Nyanyian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Satu persatu langkah dihayun oleh sosok tinggi lampai dan berotot kekar, Sazrin Aizul Zailani atau nama komersialnya, Sazrin Aizul di hamparan pentas peragaan tidak dinafikan cukup memukau tumpuan mata memandang.

Dengan ekspresi wajah penuh berkarakter, maka tidak hairan anak jati Kuala Lumpur itu menjadi dambaan klien label mewah antarabangsa seperti Gucci, Canali, Dolce & Gabanna, Vertu, Quiksilver, Adidas, Levi’s dan banyak lagi yang mendapatkan khidmatnya sejak tahun 2005.

screen-shot-2017-10-23-at-5-08-37-pm

Begitupun, bakat natural Sazrin yang dilahirkan pada 7 Februari itu tidak tertumpah sebagai peragawan semata. Dia terus melebarkan sayap dengan memancing tuah sebagai penghias skrin televisyen tempatan sebagai pelakon bermula tahun 2014.

Berambisi tinggi dan terus berkeinginan untuk melampiaskan bakat seni, Sazrin yang merupakan mantan graduan Perakaunan dari Kolej Politech MARA itu tekad membulat hati bagi bergelar penyanyi sekali gus berkongsi vokal indahnya buat halwa telinga khalayak.

Menyertai SukaSucre Creatives (SSC) di bawah kendalian Dato’ Fazley Yaakob pada tahun 2012, dia kini muncul dengan produk pertama di bawah syarikat pengurusan bakat tersebut yang berjudul, Saat Dan Ketika beritma balada pop hasil ciptaan kolaborasi penuh Sirkhan dan Karnaen.

screen-shot-2017-10-23-at-5-05-53-pm

Umum mengetahui, Sirkhan pernah membikin beberapa lagu hit antaranya adalah Terakhir serta Harus Aku dendangan penyanyi popular, Sufian Suhaimi, Tergantung Sepi serta Segalanya (Haqiem Rusli) dan Menahan Rindu (Wany Hasrita).

Menurut Sazrin yang semakin dikenali usai penyiaran drama rantaian, Miss Kapten Cikgu Waiz di slot Lestary di TV3, proses rakaman single ini dilakukan di Studio Dapour Rekaman di Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya pada 21 Julai lalu berjalan lancar selama dua hari tanpa berdepan kesulitan.

“Alhamdulillah, proses merekod Saat Dan Ketika berlangsung dengan jayanya beberapa bulan lalu. Menariknya, ia hanya mengambil tempoh dua hari termasuk merakam dan penambahbaikan terhadap lagu itu agar menjadi karya berkualiti sekali gus menepati citarasa pendengar.

“Mengulas lebih lanjut, single ini memperlihatkan perbezaan mutu suara saya kerana sudah menanam impian dalam diri bagi mengenengahkan vokal yang dimiliki kepada peminat di luar sana,” jelasnya yang bakal menjalani penggambaran muzik video Saat Dan Ketika sebelum penamat Oktober ini.

Boleh dirumuskan, ini adalah kali pertama seumpamanya seorang model melibatkan diri dalam lapangan seni suara tanah air. Ia bertepatan dengan visi total Sazrin – ingin bergelar versatil.

screen-shot-2017-10-23-at-5-06-15-pm

Bagi peminat yang ingin mengenali atau mengetahui perkembangan aktiviti semasa Sazrin, boleh mengikuti di laman Instagram dengan akaun @SazrinAizul, Facebook (@Sazrin Aizul) dan Twitter (@SazrinAizul).

Untuk mendengarkan lagu ini, peminat boleh melayari lirik video Saat Dan Ketika di laman YouTube rasmi SukaSucre Creatives menerusi pautan ini; http://bit.ly/sazrinsdklyricvideo

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!