72373

Scha Al Yahya Bantu Banteras Kebuluran Untuk Tahun Ketiga - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-20-at-2-02-15-pm

Artis dan kerja amal bukan lagi perkara yang baru dewasa ini. Ramai yang tidak jemu untuk menjadi duta dan terus menyokong projek-projek yang dapat membantu golongan lain.

Antara selebriti tempatan yang terbabit dalam menyokong usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah pelakon terkenal Scha Al-Yahya yang merupakan jurucakap kempen Add Hope anjuran KFC Malaysia. Malah ini merupakan tahun ketiga Scha dalam menjayakan kempen ini.

3

Inisiatif berterusan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat global KFC dan telah memasuki tahun ke-11 penganjurannya di peringkat tempatan. Kempen ini kembali untuk menjana sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai serta meraih dana bagi usaha berkenaan.

1

“Usaha murni ini sangat dekat di hati saya terutamanya setelah dua tahun saya terlibat di dalam perjalanan yang penuh makna bersama KFC Malaysia. Add Hope telah memberi peluang kepada saya untuk mendekati ramai individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dan ia menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan buat sebahagian rakyat kita. Pengalaman ini sangat menginsafkan dan ia telah menguatkan azam saya untuk membantu sebaik mungkin. Kami perlukan sokongan berterusan dari rakyat Malaysia supaya bantuan dapat terus disalurkan kepada yang memerlukan. Hulurkan sumbangan, lakarkan harapan kepada hidup mereka,”jelas Scha.

scha

Dengan semangat memberi dan beramal di bulan mulia ini, Add Hope 2017 telah dilancarkan khas sempena bulan Ramadan bagi memperbaiki nasib golongan yang kurang bernasib baik dan sering dibelenggu dengan masalah kelaparan. Kempen tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan orang ramai turut melancarkan sebuah laman sesawang khas bagi menyebarkan maklumat selain menyediakan sebuah landasan mudah untuk orang ramai menyumbang secara atas talian di kfc.com.my.

Semoga lebih ramai selebriti akan terus berkecimpung dalam dunia bantuan amal untuk menolong mereka yang memerlukan.

Untuk lebih banyak berita hiburan dan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!