Selepas gaya rambut terbarunya dikritik golongan netizen baru-baru ini, pelakon popular Scha Al Yahya mengejutkan pihak media pula selepas memberitahu dia melarikan diri dari ayah tirinya sesudah dirogol.

Tapi jangan salah faham, itu hanyalah watak yang dimainkan oleh Scha dalam filem terbarunya berjudul ‘Bikin Filem’ yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Filem berjudul ‘Bikin Filem’ itu bakal memaparkan realiti sebenar yang berlaku di sebalik pembikinan filem tempatan.

“Dalam filem ini saya memegang watak seorang gadis yang melarikan diri setelah dirogol ayah tiri saya dan kemudian bernasib baik diambil menjadi pelakon,” kata Scha tika ditemui di majlis pelancaran filem tersebut.

Filem ini membariskan banyak nama-nama terkenal dunia filem tanah air seperti Erra Fazira, Scha Al Yahya, Sherry Al Hadad Azrel Ismail, Mark Adam, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Di dalam filem ini juga kita akan didedahkan dengan beberapa permasalahan pada mereka yang memegang jawatan dalam produksi tetapi tidak tahu ruang lingkup tugas sebenar jawatan itu.

Jadi mari kita sama-sama mendoakan kejayaan filem ini supaya dapat kita tonton lakonan hebat bintang-bintang ternama ini.

 

*gambar ihsan Instagram Scha Al Yahya

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!