91226

Sebar Filem Munafik 2, Pesalah Didenda RM100,000 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Padah apabila cuba menyebarkan sedutan atau filem Munafik 2 di media sosial apabila individu tidak bertanggungjawab itu telah diarahkan mahkamah untuk membayar RM100,000 kepada pihak produksi.

Perkara itu didedahkan oleh pengarah filem Munafik 2 iaitu Syamsul Yusof di dalam sebuah video beserta kapsyen di Instagramnya.

Kata Syamsul, beliau sudah memberi amaran sejak dari awal lagi untuk mana-mana pihak yang cuba untuk memuatnaik filem berkenaan di media sosial. Namun mereka degil.

Akibatnya, kini pesalah tersebut terpaksa membayar RM100,000 kepada Skop Production selepas didapati bersalah.

Bagus tindakan Syamsul yang memandang serius tentang isu ini. Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya membocorkan hasil kerja penat lelah orang lain sesuka hati.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!