71969

'Sedia Jalani DNA Jika Adele Mahu Saya Buat' – Kenyataan Untuk Adele - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seorang pemandu teksi yang kini sudah menempah nama sebagai seorang pemuzik yang berasal dari Turki iaitu Mehmet Asar telah tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah ayah kandung kepada penyanyi antarabangsa, Adele.

Menurut Daily News, Asar memberitahu bahawa dia pernah bertemu dengan ibu Adele iaitu Penny Adkins ketika bekerja sebagai pemandu teksi di Bodurum, Turki pada tahun 1987.

“Saya menghantar Penny Adkins dan teman-temannya bersiar-siar di Bodrum dan Pamukkale selama dua minggu. Ia memperkenalkan diri sebagai seorang jururawat. Saat itu, kami saling menyukai. Kami menjalin hubungan selama tempoh dua minggu tersebut.”

Apa yang difahamkan, selepas pertemuan itu, Penny dikatakan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh percutiannya di negara berkenaan dan pulang ke United Kingdom (UK) selepas itu.

adelefather1

Walau bagaimanapun, Mehmet mengaku bahawa mereka berdua telah terputus hubungan disebabkan kadar bil panggilan antarabangsa terlalu mahal.

“Saya yakin, sayalah bapa Adele, saya dapat rasakannya. Saya juga sedia menjalani DNA jika dia (Adele) mahu saya berbuat demikian.”

Bukan itu sahaha, beliau juga menjelaskan bahawa perwatakan Adele ketika membuat persembahan di Grammy tahun lalu sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan dirinya. 

Sumber : Daily News

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!