72131

Segala Penat Lelah Dan Jatuh Bangun DJ Lin Membuahkan Hasil - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia radio sehingga pelbagai pahit gentir yang beliau sudah lalui sepanjang memegang gelaran sebagai seorang penyampai radio, kali ini Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin boleh menarik nafas lega apabila kehadiran beliau sudah mula mendapat tempat di hati peminat.

Apa yang lebih menggembirakan nama DJ Lin berjaya melonjak dalam senarai Top 5 untuk dua buah kategori AME 2017 iaitu kategori Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop.

Ketika ditanya apakah perasaan DJ Lin apabila beliau mendapat tahu tentang berita ini, sudah pasti beliau amat teruja dan bersyukur setelah segala penat lelahnya selama 10 tahun lebih ini membuahkan hasil.

“Ini kali pertama Lin dicalonkan dan tidak sangka Lin berjaya masuk dalam kedua-dua kategori sehingga ke peringkat ini.

“Walaupun suara Lin hanya keudara dicorong radio sahaja dan tidak muncul dikaca televisyen seperti pesaing Top 5 yang lain, tetapi Alhamdulillah Lin sentiasa  berusaha yang terbaik untuk membina ‘Empayar DJ Lin’ yang mempunyai aura dan keunikannya tersendiri.”

DJ Lin juga sempat berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya dalam dunia radio terutamanya pendengar setia Suria Cinta yang keudara selama enam hari seminggu bermula Ahad hingga Jumaat dari jam 8 malam sehingga 1 pagi.

showpage-feature-banner_suria-cinta_412x240px

Apa yang telah dikecapi oleh DJ Lin hingga kini sudah jelas menunjukkan bahawa sepanjang penglibatannya dalam dunia radio, beliau sememangnya sudah mempunyai pengikutnya tersendiri.

Apabila ditanya apakah harapan DJ Lin selepas mendapat tahu berita tentang namanya yang tercalon untuk dua kategori di AME2017, ini jawapan beliau untuk semua peminatnya:

“Harapan Lin agar peminat akan terus mengundi untuk fasa kedua pula yang sudah pun bermula dan semoga segala nasib, tuah dan rezeki akan menyebelahi Lin dan SURIAfm untuk kali ini.”

Kami di SURIAfm turut tumpang gembira dengan berita ini dan harapan kami pula semoga DJ Lin tidak akan pernah kenal erti putus asa dalam menaikkan nama SURIAfm.

Jangan lupa saksikan AME2017 yang akan bersiaran langsung terus dari Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 April 2017 bermula jam 9 malam!

Kepada semua peminat DJ Lin dan SURIAfm, anda boleh ke laman web www.anugerahmeletopera.com.my untuk mengundi DJ Lin dalam kategori Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop.

17523632_1343351045723507_1685722611317894605_n

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!