72359

Segalanya Lebih Bermakna di Hospital Kuala Lumpur Pula! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-15-at-12-54-39-pm

Kempen “Segalanya Lebih Bermakna” Suria diteruskan lagi sepanjang bulan Ramadan ini. Jika sebelum ini beberapa penyampai Suria serta selebriti terkenal telah sama-sama membawa keceriaan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), terbaru sekumpulan selebriti dan tiga orang penyampai Suria telah melakukan perkara yang sama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula.

whatsapp-image-2017-06-14-at-5-40-05-pmwhatsapp-image-2017-06-14-at-5-39-46-pm

Kali ini lebih ramai selebriti yang turut serta mengedarkan hadiah berupa buku mewarna, serta pensil warna kepada adik-adik di wad-wad pediatrik tersebut dan juga pek berbuka puasa untuk para ibubapa dan petugas hospital yang ada.

whatsapp-image-2017-06-14-at-5-49-10-pmwhatsapp-image-2017-06-14-at-5-49-51-pm

Artis-artis jemputan yang sama-sama bertemu kanak-kanak di wad ini adalah Khai Bahar, Wany Hasrita, Tajul, Johan Asa’ari, Kumpulan Nastia dan juga Bella Nazari. Tidak ketinggalan adalah para penyampai Suria Petang, Suraya Borhan dan Tyzo serta DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta.

whatsapp-image-2017-06-15-at-12-51-41-pm-2whatsapp-image-2017-06-15-at-12-51-41-pm-3

Kesemua yang hadir mengatakan mereka sangat gembira kerana dapat menyertai lawatan ini. Mereka juga berharap yang sumbangan serta kehadiran mereka yang tidak seberapa itu dapat menceriakan lagi adik-adik yang berada di hospital tika bulan puasa ini.

whatsapp-image-2017-06-15-at-12-51-41-pmwhatsapp-image-2017-06-15-at-12-51-41-pm-6

Terpancar keterujaan adik-adik di wad-wad tersebut kala artis-artis terkenal ini datang memberikan hadiah selain memberikan tandatangan dan juga mengambil gambar bersama mereka.

whatsapp-image-2017-06-14-at-5-39-35-pmwhatsapp-image-2017-06-14-at-5-40-06-pm

Pihak Suria juga ingin mengucapkan terima kasih kepada warga kerja wad pediatrik serta wakil Hospital Kuala Lumpur yang lain atas kerjasama yang telah mereka berikan kepada kami sepanjang lawatan. Yang pasti kami di Suria berharap lawatan ini benar-benar menjadi ‘lebih bermakna’ buat anak-anak yang kami kunjungi!

Untuk lebih banyak perkembangan dunia hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!