72352

'Segalanya Lebih Bermakna’ Taruhan Suria Sempena Ramadan Raya - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-49-pm

Tidak seperti tahun-tahun sebelum, Suria kini buat pertama kalinya memperkenalkan pengisian khas sempena Ramadan Raya yang bertemakan Segalanya Lebih Bermakna. Pengisian ini merangkumi drama bersiri, aktiviti amal, lagu dan video klip raya yang boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my.

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-50-pm-2

Dan untuk memperkenalkan serta melancarkan inisiatif ini, sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pusat Al-Munawarah dan juga para penyampai Suria telah diadakan di Menara Kuala Lumpur. Bersesuaian dengan tema ‘Segalanya Lebih Bermakna’ anak-anak yatim yang diundang telah diberi sumbangan berupa duit raya oleh para tetamu kehormat serta beberapa artis yang hadir. Ini termasuklah Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL dan juga Encik Shahril Salim, Director Atysyazara Resources, yang turut mengedarkan minyak wangi buat beberapa tamu istimewa.

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-50-pm

Segalanya Lebih Bermakna merupakan kesinambungan daripada cogankata Suria. Ia memberikan seribu satu makna kepada pendengar dan peminat setia Suria. Jika dilihat, erti Ramadan Raya itu sendiri berbeza mengikut pandangan individu. Walaupun berbeza pandangan dan pengalaman, ia masih memberi makna kepada kehidupan masing-masing.

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-50-pm-1

“Kami amat teruja untuk berkongsi kepelbagaian pengisian Ramadan Raya kali ini bersama pendengar dan penonton Suria terutamanya aktiviti amal di hospital. Semua initiatif yang dijalankan adalah lebih bermakna buat kami kepada penyokong setia Suria di luar sana.” kata Shahida Azad atau Shy, Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria.

 

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-51-pm-2

Tambah beliau lagi, “Jenama Suria kini bukan lagi tertakluk kepada audio sahaja. Kami juga menitikberatkan aspek visual kepada pendegar setia kami. Dan pengisian ‘Segalanya Lebih Bermakna’ ini menunjukkan usaha kami dalam memperluaskan lagi jenama Suria”

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-52-pm-1

Antara pengisian ‘Segalanya Lebih Bermakna’ yang diperkenalkan adalah ‘Kuih War’ sebuah drama bersiri yang berdurasi 10 minit setiap episod, lagu dan klip video berjudul ‘Segalanya Lebih Bermakna’ ciptaan serta dendangan Drama Band dan juga penyampai-penyampai Suria, serta sebuah siri lawatan amal ke beberapa wad kanak-kanak di hospital-hospital sekitar Lembah Kelang. Ini telah dimulakan dengan lawatan bersama beberapa selebriti iaitu Imran Ajmain dan Liyana Jasmay serta jenama minuman popular Tealive ke wad paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

whatsapp-image-2017-06-09-at-2-43-51-pm-1

Majlis berbuka puasa dan pelancaran Suria ‘Segalanya Lebih Bermakna’ yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada 8 Jun ini turut dihadiri Ketua-Ketua Pengurusan Kumpulan Star Media (SMG) dan Kumpulan Radio Star Media (SMRG) seperti Dato Aminuddin Rouse (Pengerusi SMRG), Datuk Seri Wong Chun Wai (Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif SMG), Roy Tan (Ketua Pegawai Eksekutif SMRG & Dimsum) dan Subarma (Pengurus Besar Program Suria FM).

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!