72625

Sekuel Hebat Kingsman : The Golden Circle Padat Aksi dan Menghiburkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

kingsman-the-golden-circle_1sht_mainkeyart

Selain watak James Bond yang memang terkenal sebagai salah satu karakter perisik tersohor dunia lewat novel Ian Fleming yang kemudian diangkat menjadi antara siri filem paling berjaya di dunia, tidak banyak watak perisik lain yang begitu menyerlah dalam cerita fiksyen atau rekaan.

Sungguhpun begitu, filem Kingsman yang pernah disajikan kepada penonton beberapa tahun lalu ada kelainan tersendiri dan kini ia tampil dengan sebuah sekuel yang lebih hebat dan padat dengan aksi serta banyak adegan melucukan.

Watak perisik muda Eggsy lakonan Taron Egerton kali ini lebih dewasa dan terpaksa berhadapan dengan cabaran serta musuh-musuh baru organisasi Kingsman yang cuba mengancam keselamatan dunia.

Lebih menarik lagi kali ini, kumpulan Kingsman bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan mereka dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai kumpulan Statesman. Penampilan pelakon tampan Channing Tatum pelakon jelita Halle Berry sebagai salah seorang ahli kumpulan Statesman menjadikan sambungan ini lebih menarik dari yang sebelumnya.

kingsman-the-golden-circle_2sht_mainkeyart

Jangan lupa juga penampilan khas penyanyi popular Elton John yang turut membuat kejutan dalam filem ini!

Jadi jika anda ingin menyaksikan gandingan mantap Kingsman dan Statesman beraksi menyelamatkan dunia, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini.

Kingsman : The Golden Circle mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 21 September ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!