84026

Selamat Datang Ke SURIA Feeya Iskandar - Suria FM - Segalanya Hiburan

SURIA FM sekali lagi menerima ahli keluarga baharu apabila Feeya Iskandar secara rasminya menjadi penyampai SURIA bermula 19 Mac ini.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah bakal bertugas setiap Isnin hingga Jumaat untuk segmen terbaru Gaya SURIA bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Selepas 7 tahun berkhidmat sebagai penyampai di stesen radio terdahulu, Feeya merasa sudah tiba masanya untuk dirinya mencari haluan baru dan keluar dari zon selesa.

” Kebetulan kontrak saya dengan stesen radio sebelumnya berakhir pada Januari lalu dan tawaran untuk menjadi penyampai di SURIA FM datang.

Ramai yang sangka saya menerima tawaran ini kerana bayaran lumayan, tetapi sebenarnya salah satu sebab saya terima adalah kerana waktu saya ke udara sudah berubah dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jadi saya punya lebih masa untuk tumpukan pada keluarga memandangkan saya memiliki anak kecil yang harus diberi perhatian”, jelasnya.

Jika di sebelum ini Feeya bergandingan dengan penyampai lain, tetapi untuk segmen di SURIA, Feeya mengedalikan segmen Gaya SURIA seorang diri.

Segmen Gaya SURIA bakal mengetengahkan isu kekeluargaan, kewanitaan serta kecantikan yang memang sinonim dengan Feeya yang sering menitikberatkan penampilannya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Feeya dan selamat bertugas.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!