72119

Selamat Jalan Johan Nawawi, Al-Fatihah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Komposer terkenal iaitu Johan Nawawi telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya selepas arwah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi (Jumaat, 24 Mac 2017).

69e9d646f5c63170897aa9bbb8abe1c5_xl

Berita yang amat memeranjatkan ini telah disahkan sendiri oleh isterinya iaitu seorang penyanyi bersuara lantang, Nora Ariffin dan bukan itu sahaja Nora juga sempat memuat naik video beserta kapsyen untuk mengumumkan jenazah suaminya akan dimandikan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Jenazah akn dimandikan di Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya. Terima kasih.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Apa yang difahamkan, Allahyarham telah dibawa ke pusat perubatan itu apabila mengalami serangan jantung sebelum beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi.

apm2013-2013-10-18-048

Kami di SURIAfm ingin mengucapkan takziah buat Nora dan keluarga yang baru sahaja kehilangan pemimpin keluarga dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kepada pembaca yang beragama Islam, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Johan Nawawi.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!