85074

Selamat Pengantin Baru Fizi Ali & Shakilla Koriri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai radio Suria, Fizi Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Shakilla Khoriri yang merupakan seorang aktres  pada jam 10.37 pagi harini di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-11-27-pm

Fizi, 29 dan Shakilla, 29 dinikahkan oleh bapa Shakilla, Mohd Khoriri bin Markon dengan mas kahwin sebanyak RM 300 dihadapan lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat. Dengan dua kali lafaz, Fizi sah menjadi suami kepada Shakilla.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-4

Fizi menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan. Kedua mempelai juga segak mengenakan baju pengantik rekaan Keqasehbyanas.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-6whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-3

Fizi yang merupakan bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua ini mula berkenalan dengan Shakila ketika menjalani pengambaran ‘telemovie’ Tuty Polkadot pada tahun 2012. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 July selepas tiga tahun bercinta.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-5

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami. Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.” kata Fizi Ali.

whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-1whatsapp-image-2018-02-18-at-12-55-52-pm-2

Majlis resepsi pula akan dilangsungkan pada sebelah malam hari yang sama dan akan bermula pada jam 8 malam hari ini.

Tahniah dari SURIA buat pasangan pengantin baru Fizi dan Shakilla. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke syurga.

 

Kredit Foto : 712Studios

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!