93278

Selamat Tinggal Dan Terima Kasih Boyzone! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Band Ireland, Boyzone, mengucapkan selamat tinggal kepada kira-kira 5,000 peminat yang membanjiri konsertnya “Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019” di Stadium Malawati pada 14 Jun 2019 lepas yang merupakan tanda terima kasih kepada peminat di Malaysia.

Anggota Kumpulan Boyzone, Terdiri daripada Ronan Keating, Keith Duffy, Micheal Graham dan Shane Lynch sempat menyanyikan 20 lagu hits mereka sepanjang 26 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Antara lagu yang hits mereka bawakan malam itu ialah Every Day I love you, No Matter What, Father & Son, Picture of you dan You Needed Me. Mereka juga sempat menyanyikan lagu terbaru mereka seperti Going Get Tough, Different Beat dan Rollercoaster.

Apa yang paling menarik mengenai konsert ini, persembahan mereka yang sungguh bertenaga seperti zaman mereka pada era 90an. Paling mengejutkan para penonton, penyanyi lead mereka iaitu Ronan Keating berjaya menyanyikan nota yang tinggi serta pitch yang boleh dikatakan “Sempurna.”

Dalam pada itu, mereka juga sempat memberi penghormatan kepada salah seorang anggota mereka yang telah tiada iaitu mendiang Stephen Gately yang telah meninggal pada tahun 2007. Mereka menyanyikan beberapa lagu untuk memperingati mendiang, antara lagunya ialah “I love the way you love me”.

 

“Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kami mengingati beliau,” kata Keating sebelum mereka mempersembahkan lagu yang memuatkan suara mendiang Gately.

Mereka berjaya membuatkan penonton terikut sama menyanyikan lagu tersebut!

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu turut melihat penampilan bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu, Brian McFadden yang mempersembahkan tujuh lagu popular Westlife When You’re Looking Like That, Mandy and Swear It Again.

Di akhir konsert tersebut, kesemua anggota Boyzone mengucapkan Selamat Tinggal kepada para penonton dan juga ucapan terima kasih buat sokongan peminat selama beberapa dekad kepada mereka.

Boyzone memulakan siri jelajah Thank You & Goodnight pada Januari lalu, bermula di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah serta Asia.

Boyzone telah menjual lebih 20 juta rekod dan sebanyak 21 lagu kumpulan ini pernah menduduki tempat teratas carta pop British, seperti Love Me for a Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi.

Konsert ini dianjurkan oleh Entertainment Wowstar Creative; dengan J Starlux dan ACO Media sebagai penganjur bersama.

Terima Kasih dan selamat tinggal, Boyzone.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!