85687

Selami Budaya Perancis di Malaysia ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Para peminat budaya asing kini boleh menikmati aneka program bernuansa Perancis lewat Le French Festival (LFF), festival yang mengetengahkan budaya Perancis kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kini diadakan untuk kali yang ke-17, festival ini bermula dari 12 April sehingga 20 Mei.

Dianjurkan oleh pihak Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia, LFF 2018 akan diadakan sepanjang lima minggu dengan menawarkan aneka filem, konsert muzikal, persembahan teater, pesta makanan dan banyak lagi.

Tahun ini festival filem Perancis akan turut diadakan di Johor Bahru buat pertama kali selain di Lembah Kelang, Pulau Pinang, dan juga Kota Kinabalu.

Antara yang harus ditonton adalah persembahan teater berjudul Amok yang diadaptasikan ke dalam bahasa Perancis berlatarbelakangkan Malaysia, konsert kumpulan rock terkenal Lysistrata, persembahan kumpulan kugiran perbarisan tentera laut Perancis Bagad de Lann Bihoué dan sudah tentu filem-filem Perancis menarik di beberapa pawagam GSC terpilih.

Untuk maklumat lanjut layari www.lefrenchfestival.com.my atau kunjungi laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!