100806

Seleksi Kandungan PERCUMA Terbaik Di Dimsum Entertainment Sepanjang September Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

MASA berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita kini sudah pun memasuki suku keempat tahun 2020. Justeru, tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Mengimbas kembali beberapa bulan sejak penularan wabak COVID-19, kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai norma baharu, terutama apabila berhadapan dengan orang ramai, berada di tempat awam dan sewaktu bertugas di pejabat.

Sentiasa di sini untuk menghiburkan anda, kami di Dimsum Entertainment membawakan pelbagai cinta menarik sepanjang September ini secara PERCUMA! Antara drama-drama yang mungkin sesuai dengan cita rasa anda termasuklah Ashes of Love (China), Love Destiny (Thailand), Goblin (Korea), Bromance (Taiwan), AnIncurable Case of Love (Jepun), dan The Little Nyonya (Singapura).

Sediakan popcorn, jom kita maraton!

Ashes of Love | 60  Episod | China

Ketika dilahirkan, Jin Mi diberi makan sebutir pil yang menyebabkan dirinya tidak akan merasai sebarang perasaan cinta. Setelah dewasa, Jin Mi bertemu dengan Xu Feng iaitu anak kepada Maharaja Syurga. Walaupun Xu Feng menyimpan perasaan terhadapnya, namun Jin Mi tidak merasai perasaan yang sama, sehinggakan dia diperdaya dan membunuh Xu Feng.

Kematian Xu Feng menyebabkan dia kembali mempunyai perasaan cinta dan cuba untuk menghidupkan kembali lelaki tersebut. Malangnya, Xu Feng dihidupkan kembali sebagai Raja Syaitan dan cuba untuk berperang dengan Dunia Syurga. Adakah cinta mereka akan kembali terjalin?

Pelakon:Chen Yu Qi, Deng Lun, Luo Yun Xi, Yang Zi

 

Love Destiny | 40  Episod | Thailand

Apakah yang akan anda lakukan jika anda ditakdirkan kembali ke zaman silam? Menambahkan suspen, roh anda masuk ke jasad orang yang telah mati! Selepas mengalami kemalangan, roh seorang ahli arkeologi, Ketsurang kembali ke era Ayutthaya yakni sekitar 300 tahun lampau, dan terperangkap dalam tubuh seorang wanita yang mempunyai sifat angkuh bernama Karaket.

Berlainan dengan sifatnya yang sebelum ini, kenalan Karaket berasa pelik. Hal ini turut disedari oleh tunangnya, Det. Sungguhpun pada asalnya Det membenci Karaket, namun dia mula jatuh hati dengan wanita itu, tanpa menyedari bahawa dia jatuh cinta dengan orang yang berbeza.

Pelakon: Bella Campen, Pope Thanavat Vatthanaputi

 

Goblin | 16 Episod | Korea

Drama bersiri ini pernah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penggemar drama Korea mahupun dalam kalangan pemuja berat aktor bernama Gong Yoo. Siri ini bermula apabila seorang lelaki yang bersifat abadai (tidak mati), Kim Shin lelah dengan kehidupannya sendiri.

Selama beratus tahun hidup, apa yang disaksikan oleh Kim Shin adalah kematian orang yang disayanginya. Bagaimanapun, kisah hidup Kim Shin mula berubah apabila dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang remaja perempuan bernama Ji Eun-Tak. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Saksikan menerusi Dimsum Entertainment.

Pelakon: Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook

 

SETTV – Bromance | 30  Episod | Taiwan

Ketika Pi Ya Nuo dilahirkan, tukang tilik meramalkan Pi Ya Nuo yang disangka bayi lelaki bakal membesar sebagai pemimpin yang sukses dan berkaliber. Namun, apabila mengetahui jantina sebenar Pi Ya Nuo adalah perempuan, tukang tilik tersebut terus berubah angin. Tukang tilik berkenaan berkata, Pi Ya Nuo tidak mampu untuk meneruskan kehidupan melainkan dia hidup sebagai seorang lelaki untuk 25 tahun pertama.

Ketika meniti alam dewasa, Pi Ya Nuo bertemu Du Zi Feng secara tidak sengaja dan dia mula bersahabat dengan lelaki itu. Namun, persahabatan yang terjalin membuatkan Pi Ya Nuo mula jatuh hati pada Du Zi Feng, dalam keadaan dirinya yang masih berperwatakan lelaki! Justeru, apabila hari lahirnya yang ke-26 tiba, Pi Ya Nuo berharap dapat mendedahkan identitinya yang sebenar dan hidup seperti wanita normal yang lain.

Pelakon: Baron Chen, Megan Lai, Bii, Sean Lee

 

An Incurable Case of Love | 10  Episod | Jepun

Tahukah anda bahawa cinta itu tidak mengenal situasi dan tempat. Sebab ia dibuktikan oleh Nanase yang begitu mencintai dan mengagumi Doktor Tendo, sungguhpun lelaki itu tidak mempunyai perasaan terhadapnya!

Nanase melihat Dokto Tendo terlalu mementingkan kesempurnaan dan selalu memarahi doktor dan jururawat yang turut sama bertugas dengannya. Sehinggakan, dia digelar ‘syaitan’ oleh rakan sekerjanya di hospital. Sementara itu, Nanase berusaha untuk mendapat perhatian Doktor Kairi Tendo, sehingga dilabel sebagai ‘perwira’ oleh yang lain. Tanpa disangka, Doktor Kairi Tendo yang berhati batu itu mula jatuh hati pada Nanase.

Pelakon: Mone Kamishiraishi dan Takeru Satoh

 

The Little Nyonya | 34 episod | Singapura

Biopik fiksyen yang mengambil latar belakang tahun 1930an selama 70 tahun sehingga ke era moden ini mengisahkan tentang Yue Niang yang menjalani hidup sekitar zaman Perang Dunia dan membesar di bawah jagaan neneknya.

Mampu memasak dan menjahit hasil pembelajaran tidak langsung bersama neneknya, Yue Niang membesar menjadi wanita yang jelita, persis ibunya. Namun, kecantikan Yue Niang dicemburui oleh kaum keluarganya sendiri. Sehinggakan mereka sanggup mendera Yue Niang dan kemudian menjualnya kepada seorang pemotong daging bernama Liu Yi Dao. Begitupun, Yue Niang enggan berdiam diri dan memilih jalan hidupnya sendiri. Yue Niang mula belajar menguruskan perniagaan dan cuba menyelamatkan perniagaan keluarganya daripada jatuh merudum. Drama ini juga tersedia dengan sari kata dan alih bahasa Bahasa Melayu.

Pelakon: Jeanette Aw, Qi Yuwu, Pierre Png, Joanne Peh, Xiang Yun

Selain itu, bersempena dengan kedatangan Hari Malaysia, Dimsum Entertainment juga menawarkan kandungan terbitan  tempatan yang boleh distrim secara percuma menerusi kempen #SupportLokal.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!