101654

Selena Gomez Bangga Kini Boleh Tayang Parut Pemindahan Buah Pinggang - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI Selena Gomez mengakui dia pernah berasa tidak yakin dengan kesan parut yang ada di tubuhnya selepas menjalani pembedahan pindahan buah pinggang sekitar September 2017.

Menerusi Instagram Selena memberitahu dia berusaha untuk menutupi kesan parut tersebut kerana tidak mahu ia kelihatan di dalam fotonya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ice Cream itu kini semakin yakin dengan dirinya dan berasa bangga dengan pengalaman yang dilaluinya itu.

“Selepas saya menjalani pemindahan buah pinggang, saya masih ingat lagi ia sangat sukar. Pada mulanya saya tak mahu menunjukkan parut. Saya tidak mahu ia nampak dalam foto, jadi saya akan pakai apa saja untuk sorok.

“Tapi sekarang saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri dan apa yang telah saya lalui… saya berasa sangat berbangga dengannya,” katanya.

Sekitar September 2017, Selena mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya iaitu Francia Raisa.

Selena yang mengalami radang buah pinggang berkata, dia amat menghargai jasa Raisa yang sanggup berkorban untuknya demi perkara itu.

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!