94065

Ahn Jae Hyun, Ku Hye Sun Saling Buka Aib Di Instagram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penceraian pasangan selebriti Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun menarik perhatian peminat dari seluruh dunia.

Lebih menghangatkan berita tersebut apabila pasangan ini membongkar punca perceraian di laman Instagram masing-masing.

Menurut laporan Soompi, Ahn menjawab tuduhan yang dilakukan oleh bekas isterinya yang mendakwa dia sering menghubungi wanita lain ketika sedang mabuk.

Aktor yang mula dikenali menerusi drama My Love Come From Another Star ini juga membantah dakwaan kononnya dia membuka cerita tentang rumah tangga dengan ketua pegawai eksekutif agensi mereka.

Dalam kenyataan sama, Ahn Jae Hyun berulang kali menyebut bekas isteri memutar belit fakta sedangkan wanita itu telah bersetuju untuk bercerai pada 30 Julai lalu selepas keduanya tidak tinggal bersama lagi.

Ahn Jae Hyun turut mengakui sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi.

image: https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2019/08/23/~/media/8cc5d779acc641ff90433b3b0436959b.ashx?la=en

Pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak penghujung Julai lalu.

Hal itu membuatkan dia memilih untuk bercerai dan tidak sanggup lagi menyakiti diri sendiri.

Malah, dia sanggup membayar sejumlah wang yang diminta Ku Hye Sun sebagai kesepakatan untuk bercerai.

Tidak hanya berdiam diri, selepas Ahn memuat naik status tersebut, bekas isterinya itu pula memberi kenyataan balas di laman sama.

Menurut Ku, dia mengetahui kesilapan yang pernah dilakukan namun Ahn berulang kali menyebut tentang cerai.

Malah, tindakan untuk bercerai itu adalah kerana dia dikatakan sudah tidak seksi.

“Dia mengatakan saya tidak seksi. Suami saya berulang kali mengatakan ingin bercerai kerana saya memiliki bahagian tubuh yang tak menarik,” katanya.

SUMBER: CNN

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!