Selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini, Datin Paduka Umie Aida mahu bergelar pengarah pula.

Perkara itu didedahkan oleh pelakon filem Dukun itu sewaktu sidang media pemenang Anugerah Skrin 2018 Jumaat lalu di PWTC.

Insyaallah kalau ada rezeki saya ingin ke bidang pengarahan pula. Mungkin dalam tahun ini juga. Dan saya akan arahkan sebuah drama“, ujarnya.

Datin Paduka Umie juga turut meluahkan rasa syukur dan gembira di atas pengiktirafan Pelakon Filem Wanita Terbaik ASK2018 yang ditunggu-tunggunya selama 12 tahun.

Tipu kalau saya kata saya tak nak menang sebab saya sudah berusaha keras untuk watak ini. Sebelum saya terima watak ini pun saya dah tahu watak ini adalah watak untuk anugerah. Tinggal cara pembawakan sahaja. Alhamdulillah saya dah sesuaikan watak saya sebagai dukun dengan baik“, kongsinya.

Tahniah diucapkan kepada Datin Paduka Umie Aida. Selayaknya anugerah itu diserahkan ke tangan primadona seperti Datin Paduka Umie Aida.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!