100201

Selepas Umum Perpisahan, Cody Simpson Ajak Orang Ramai Dengar Lagu Baharu Miley Cyrus - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS mengumumkan hubungan cintanya dengan penyanyi Cody Simpson berakhir, penyanyi terkenal Miley Cyrus melancarkan lagu terbaharunya berjudul Midnight Sky pada Jumaat.

Memetik laporan Hollywoodlife, biarpun mereka sudah berpisah namun Cody tetap mengucapkan tahniah dan meminta semua peminat menyokong lagu terbaharu bekas kekasihnya itu.

“Saya sangat berbangga dengan awak. Tahniah atas semua yang istimewa itu. Dapatkan lagu terbaharu dia,” kata Cody.

Sebelum ini, Miley mengumumkan dia dan Cody sudah berpisah selepas 10 bulan menjalinkan hubungan cinta menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live).

Berita perpisahan pasangan itu muncul hanya 12 hari selepas Cody, 25, meluahkan rasa cinta terhadap Miley, 27, menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

Pasangan itu turut kelihatan bahagia dalam rakaman sebuah video TikTok yang dimuat naik pada Julai lalu.

Malah, Miley dan Cody itu dilihat menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh kuarantin yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Miley dan Cody dilaporkan menjalinkan hubungan cinta pada Oktober 2019, dua bulan selepas perpisahan Miley dan bekas suaminya aktor Liam Hemsworth diumumkan.

Miley dan Liam berkahwin pada Januari 2019 sebelum berpisah pada Ogos 2019.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!