72608

Selepas Video Muzik Aizat Tampil Dengan Vlog Pula - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-14-at-4-33-11-pm

Bila sebut sahaja Aizat Amdan pasti ramai yang sudah mengenali beliau sebagai penyanyi dan komposer lagu. Pada bulan Mac yang lepas Aizat telah melancarkan single terbaru beliau berjudul ‘Jangan Menangis’ buat pertama kalinya berkolaborasi bersama tiga syarikat rakaman iaitu Warner Music Malaysia, Faithful Music dan Kasi Gegar Entertainment (KGE).

Ternyata lagu ini terdapat sentuhan magis dari Faizal Tahir, Mike Chan dan Aizat sendiri di mana lagu ini sedikit sebanyak memberi harapan, semangat dan dorongan kepada si pendengar. Kini, Aizat tampilkan pula muzik video versi akustik ‘Jangan menangis’ arahan Al Fahim Mokhtar dan tenaga produksi dari LOKALAB. Selain itu,video lirik ‘Jangan Menangis’ sudahpun mencecah 1.4 juta tontonan.

whatsapp-image-2017-09-14-at-4-33-11-pm-1

Pada masa yang sama juga Aizat telah melancarkan semula video vlog beliau setelah hampir dua tahun menyepi. Aizat merupakan artis pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif melaksanakan video log ini pada tahun 2015. Pada mulanya ia hanya sekadar suka-suka namun setelah ramai peminat yang menyukainya beliau teruskan lagi video log ini.

whatsapp-image-2017-09-14-at-4-33-11-pm-2

Kini Aizat kembali aktif dan muncul dengan vlog terbaru bagi mendekatkan diri dengan peminat dengan lebih lagi. Kelainan yang bakal Aizat tampilkan dengan vlog kali ini lebih kepada menceritakan tentang kehidupan, karier, dan yang paling penting bersuka-ria dalam melakukan sesuatu aktiviti. Khas buat peminat setia Aizat Amdan kini mereka boleh melanggan, menyukai (like) dan berkongsi video log ini serta melayari saluran Youtube Aizat Amdan : @OfficialAizatAmdan .

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!