96971

Sembilan Tahun Berkahwin, Irwansyah dan Zaskia Sungkar Akhirnya Jalani Rawatan IVF - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan juga pelakon Indonesia, Irwansyah yang berkahwin selama sembilan tahun bersama Zaskia Sungkar itu belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Selepas pelbagai usaha dilakukan pasangan itu akhirnya mencuba rawatan bayi tabung uji atau IVF.

Zaskia menerusi laman sosialnya memuat naik foto ketika bertemu seorang doktor pakar berkaitan proses IVF.

“Alhamdulillah saya mendapat giliran tiga bulan lalu IVF di luar sangat merumitkan dan untuk setiap perjumpaan perlu menggunakan emel,” tulisnya.

Zaskia Sungkar berkata, dia sepatutnya menjalani rawatan itu selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, dia tidak sabar dan mahu melakukan program itu secepat mungkin.

“Sudah tidak sabar kalau harus menunggu selepas Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya.

Zaskia meminta peminat mendoakan urusan tersebut berjalan lancar dan berjaya.

“Bismillah ya doktor, semua berjalan lancar semoga Allah kabulkan doa dan usaha kita. Teman-teman tolong doakan untuk saya ya #ivfwarrior,” tulisnya di Instagram.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!