87128

Sempena Lagu “Lavida Raya” Datuk Seri Vida Berikan Hadiah Sepanjang Minggu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kini, lagu Lavida Raya nyanyian Dato Seri Vida (DSV) telah menjadi trending di tangga nombor satu di laman Youtube dalam tempoh masa 18 jam dan sudah mencecah sebanyak 250 ribu tontonan. Lagu yang baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2018, telah mendapat perhatian orang ramai kerana lagunya yang ‘catchy’ dan rancak itu membuat para pendengar ingin menyanyi dan turut sama menari.

Kali ini beliau memilih untuk menghasilkan muzik video Lavida Raya di kediamannya dan menggunakan penari dari kalangan kenalan sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama.

Menurut DSV gaya tarian di dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan beliau sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya semua peminat dan para pendengar apabila sahaja menonton muzik video ini.

Bersempena dengan pelancaran muzik video Lavida Raya di laman Youtube baru-baru ini beliau akan memberikan hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu kepada para peminatnya.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan terus kongsi muzik video #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik akan di pilih sebagai pemenang!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!