72109

'Semua Yang Dinyatakan Adalah FITNAH!' – Datuk Hattan Tampil Dengan Laporan Polis Terhadap…. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama penyanyi veteran, Datuk Hattan menjadi tular apabila isu yang melibatkan dirinya dan Black ketika konsert Mentor Milenia mula menjadi bualan ramai yang menunjukkan Black seakan-akan bertindak biadap tehadap Datuk Hattan.

maxresdefault

Kini, lagi sekali namanya mula menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini ada satu video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Nab berjaya menarik perhatian ramai yang didakwa telah muflis gara-gara Datuk Hattan.

Apa yang sebenarnya telah terjadi? Betul ke Datuk Hattan merupakan dalang pasangan suami isteri ini muflis?

Walau bagaimanapun, Datuk Hattan telah tampil bagi membersihkan kembali namanya dan mendakwa apa yang dikatakan oleh wanita itu adalah fitnah semata-mata.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung dakwaan yang telah memburuk-burukkan namanya.

“Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut. Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya. Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan.”

Menurut Datuk Hattan, beliau menganggap apa yang terjadi ini merupakan ujian terhadapnya dan beliau juga tidak menolak mungkin ada ‘motif’ yang tersembunyi disebalik menyebaran video yang melibatkan namanya.

Walau apapun, semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Mungkin ada salah faham diantara dua pihak yang kita sendiri tidak perasan.

Sumber : mynewshub

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!