85262

Senang Melihat Yasmin Hani Kembali Ke Layar TV - Suria FM - Segalanya Hiburan

yasmin-hani-hos-helo-doktor-pix-2

Seiring dengan perubahan zaman, ibu bapa masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka. Bagaimanakah ibu bapa mengawal anak-anak tanpa membuatkan mereka rasa dikongkong kerana perkembangan berlaku sangat pantas dalam zaman teknologi maklumat sekarang?

Berkonsepkan santai dan ceria, program bual bicara terbaharu di TV3, Helo Doktor menampilkan seorang selebriti popular dan ibu muda, Yasmin Hani sebagai hos untuk berkongsi ilmu keibubapaan dengan pakar-pakar dan pasangan selebriti sepanjang 10 episod, bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie pada setiap hari Jumaat, pukul 11.30 pagi bermula 2 Mac 2018 lalu.

Ramai juga yang menyenangi melihat Yasmin Hani kembali ke layar TV melalui rancangan informatif ini.

Helo Doktor membincangkan topik yang berlainan pada setiap episod dengan tetamu – tetamu undangannya. Episod pertama menampilkan seorang pakar keluarga & kasih sayang iaitu Profesor Dr. Rozieta Shaary ataupun lebih mesra dengan panggilan sebagai Ibu Ros, dan Yana Samsudin sebagai tetamu. Mereka membincangkan topik ‘Anak-anak di Media Sosial’ dengan mengenal pasti faktor dan masalah berkaitan pengeksploitasian anak-anak di media sosial oleh ibu bapa dan anak-anak sendiri yang kini cenderung menyalahgunakan media sosial seterusnya memberikan nasihat dan penyelesaian terbaik.

yasmin-hani-hos-helo-doktor

Episod kedua lalu menjemput Pakar Psikologi Klinikal Kanak-kanak merangkap Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya, Dr. Noor Aishah Rosli dan Sazzy Falak untuk topik ‘Kecil-Kecil Dah Stress’. Aktiviti anak-anak hari ini yang begitu padat mungkin menjadi salah satu sebab mereka terlepas peluang untuk menikmati zaman kanak-kanak. Adakah ia keperluan atau sekadar obsesi ibu bapa semata-mata?
Ketika Helo Doktor bersiaran langsung, penonton boleh membuat panggilan telefon ke studio untuk bertanya kepada pakar kekeluargaan. Pada setiap hari Khamis sebelum episod baharu bersiaran pada keesokan harinya, laman Facebook TV3 Malaysia akan memuat naik poster yang menguar-uarkan tajuk minggu itu. Penonton juga digalakkan berkongsi pendapat ataupun membuat pertanyaan di situ.

Seterusnya, Helo Doktor akan membincangkan isu-isu menarik seperti perbezaan antara sentuhan kasih dan sentuhan berbahaya, anak-anak syurga, ibu bapa tunggal, anak-anak cerewet dalam pemakanan dan kepentingan ibu bapa untuk bijak menangani tekanan.

Untuk maklumat terkini, layari laman web www.tv3.com.my dan ikut laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Inspirasi Hidupku iaitu @inspirasihidupku. Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my untuk menonton program ini.

Kami di Suria harap Hani akan terus kekal mengacara di depan TV

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!