72721

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Dibarisi Muka Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Senarai lagu mana yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2017 telah pun diketahui.

Sebanyak 30 lagu yang layak bertanding di peringkat separuh akhir bagi merebut tempat ke pentas utama Anugerah Juara Lagu pada tahun hadapan.

screen-shot-2017-10-26-at-8-12-03-pm

Tahun ini kebanyakan calon yang bertanding adalah dari kalangan penyanyi-penyanyi baru yang belum pernah menyertai pertandingan ini.

Malah ada di antara mereka yang memiliki dua buah lagu untuk dipertandingkan.

Senario ini menunjukkan betapa kuat kuasa yang dimiliki oleh bakat-bakat baru ini yang bukan sahaja memiliki lagu-lagu popular, tetapi juga peminat yang ramai.

screen-shot-2017-10-26-at-8-08-33-pm

screen-shot-2017-10-26-at-8-08-20-pm

Antara penyanyi baru yang mempertandingkan dua buah lagu masing-masing ialah Wany Hasrita (Menahan Rindu & Di Sini Cinta Di Sana Rindu), Tajul (Sedalam Dalam Rindu & Di Sini Cinta Di Sana Rindu) dan Haqiem Rusli (Segalanya & Tergantung Sepi)

screen-shot-2017-10-26-at-8-08-50-pm

Khai Bahar pula tercalon dengan lagu hit sulungnya berjudul Bayang. Malah Khai juga antara yang disebut-sebut untuk menjadi pesaing utama bagi kategori Vokal Terbaik andai dirinya layak ke Anugerah Juara Lagu.

screen-shot-2017-10-26-at-8-15-14-pm

Ara Johari juga tidak terkecuali bakal berentap di pentas separuh akhir membawakan lagu berhantunya Warkah Untukku.

screen-shot-2017-10-26-at-8-16-01-pm

Ismail Izani pula bakal mempertaruhkan lagu popularnya yang berjudul Sabar.

screen-shot-2017-10-26-at-8-16-46-pm

Tahun ini juga menyaksikan penyanyi Siti Nordiana yang bakal kembali ke pentas separuh akhir selepas 10 tahun. Siti Nordiana bakal menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Terus Mencintai.

screen-shot-2017-10-26-at-8-09-18-pm

Jangan lupa untuk saksikan episod Separuh Akhir Muzik-Muzik 2017 yang pertama pada 29 Oktober ini di TV3.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!