97899

Seramai lebih 300 artis serta krew produksi dan penerbit akan terlibat #MuzikDiRumah - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELARAS dengan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan virus Covid-19, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan melaksanakan inisiatif #MuzikDariRumah bagi menyediakan lebih banyak kandungan digital yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Hiburan atas talian ini akan menghimpunkan artis-artis ternama antaranya seperti Zee Avi, Ayda Jebat, Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussain, Hazama, , Dr. Soo Wincci, Dato’ Jamal Abdillah, Aizat Amdan, Mugen Rao dan pelbagai artis, pemuzik serta personaliti hiburan tanah air yang akan bersiaran secara atas talian di laman web www.muzik.my. Usaha ini yang diinspirasikan daripada projek #togetherathome oleh artis-artis antarabangsa, adalah bertujuan untuk menghiburkan peminat-peminat muzik tempatan di samping mengalakkan mereka untuk duduk di rumah.

Dato’ Jamal Abdillah, Dr. Soo Wincci, Hazama, Ayda Jebat, & Hujan antara artis yang akan terlibat dalam #MuzikdiRumah

Objektif konsert dan hiburan atas talian ini adalah:

  1. Menghasilkan program-program hiburan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah;
  2. Memberi impak ekonomi yang sederhana serta menjana pendapatan kepada artis dan krew penerbitan yang terlibat;
  3. Menanam semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di dalam mengharungi COVID19 bersama; dan
  4. Menyebarkan mesej-mesej positif dan maklumat penting melalui platform media sosial.

Seramai lebih 300 artis serta krew produksi dan penerbit akan terlibat di dalam program-program seperti berikut:-

  1. 8 konsert mega berdurasi 45 minit setiap satu oleh artis-artis ternama;
  2. 38 konsert mini berdurasi 30 minit; dan
  3. 84 persembahan (1-2 lagu, pesanan khidmat awam, video temubual) oleh artis-artis tempatan.

Program #MuzikDiRumah telah mula disiarkan pada 8 April 2020.

Kredit gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...