72779

Sering Dipanggil Sajat, Safiey Illias Mahu Kembali Menjadi 'Perempuan'? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini pengusaha produk kecantikan iaitu Safiey Illias yang pernah menggegarkan negara kerana berubah dari seorang maknyah kembali menjadi lelaki telah memuatnaik gambarnya dan Nur Sajat di Instagram.

Dalam kapsyen gambar itu, Safiey menulis ramai orang yang selalu tersalah sangka menganggap serta memanggil dirinya Nur Sajat.

screen-shot-2017-11-16-at-2-34-04-pm

Safiey juga turut menulis adakah dia perlu menjadi ‘perempuan’ kembali supaya orang dapat membezakan dirinya dan Nur Sajat.

Katanya lagi, boleh saja kalau dia mahu menjadi perempuan tetapi nanti akan menjadi viral lagi.

screen-shot-2017-11-16-at-2-38-57-pm

Gambar serta kapsyen berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kebanyakkan mereka telah menasihati Safiey supaya terus istiqomah dan tidak kembali menjadi seperti dirinya yang dulu.

screen-shot-2017-11-16-at-2-54-02-pm

Mungkin Safiey cuma bergurau sahaja. Sebab Safiey pun sudah semakin diterima ramai sebagai seorang lelaki dan boleh menjadi contoh kepada individu yang senasib dengan dirinya. Terus kuat okay Safiey!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!