85092

Sertai Kemeriahan dan Serlahkan Bakat Anda di Street Theatre Carnival Bersama Kak Ogy - Suria FM - Segalanya Hiburan

street-theater-carnival-ujibajat-pelakon-pengacara

Seniwati Fauziah Ahmad Daud, melalui Ogy’s Centerstage & Academy akan menganjurkan ‘Street Theatre Carnival’ atau Karnival Teater Jalanan. Karnival ini akan diadakan pada 3 dan 4 Mac 2018 di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara.

Konsep Teater Jalanan adalah suatu konsep seni persembahan teater yang telah lama ada dan banyak diadakan di Eropah dan Amerika. Namun di Malaysia, ia masih asing lagi walaupun seni pemuzik jalanan atau busking semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Penganjuran Teater Jalanan ini adalah penganjuran kali kedua seumpamanya di Malaysia. Kali pertama ia diadakan adalah pada tahun 1990 di bawah arahan Allahyarham Syed Alwi dihadapan Kompleks SOGO di mana Fauziah Ahmad Daud merupakan salah seorang pelakonnya.

Kali ini, penganjuran Teater Jalanan ini dibuat sebagai menyambung semula apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi. Ia juga merupakan pentas ujian bagi pelajar-pelajar Bengkel Seni Lakonan Ogy’s Centerstage & Academy yang kini telah masuk kelompok ke-3.

“Saya melihat Teater Jalanan sebagai platform terbaik untuk menguji bakat lakonan para pelajar saya. Cabaran mereka bukan hanya menghafal dan memahami skrip tetapi mereka perlu memikirkan bagaimana mereka mampu untuk menarik perhatian dan minat orang ramai yang lalu-lalang di sekeliling mereka dengan lakonan yang mereka persembahkan.”

street-theater-carnival-jejaka-idaman-malaysia
“Saya menyambung apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi dan saya harap ini akan menjadi legasi yang akan saya tinggalkan untuk industri seni tanahair suatu hari nanti” kata Fauziah Ahmad Daud.

Selain daripada Teater Jalanan, Karnival 2 hari ini turut menganjurkan beberapa acara lain seperti Ujibakat sebagai Pengacara dan Pelakon, Pertandingan Jurumekap Meletop dan Pencarian Lelaki Idaman Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan dijemput hadir pada hari Karnival ini.

Untuk maklumat berkenaan ‘Street Theater Carnival’ sila hubungi talian 011-2358 6780 atau 010-445 4645

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!