Pelakon terkenal Zara Zya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai program permainan lawak spontan ‘Super Spontan Xtravaganza’ edisi 2018.

Zara merupakan salah seorang daripada dua peserta wanita yang bertanding dalam pertandingan ini bersama seorang lagi pelakon Siti Elizad. Zara mewakili pasukan Lobster Leleh yang turut dianggotai oleh Tomok, Fad, Abam, Mamak Puteh, Joey, Jaa Suzuran dan Anas Ridzuan.

Ditanya mengapa dia memilih untuk menyertai pertandingan yang sinonim dengan pelawak itu, katanya sudah lama dia menjadi penonton super spontan dan teringin untuk menjadi salah seorang pemain.

“Saya rasa seronok apabila melihat mereka bermain permainan di dalam super spontan. Saya rasa macam nak cuba dan tertanya-tanya bila mereka nak panggil saya. Tahun ini mereka panggil dan saya terima untuk mencabar diri”, jelasnya.

Menjadi lumrah setiap perserta perempuan yang bersaing di super spontan, pasti tidak akan kekal lama dan sering mendapat kecaman daripada penonton. Namun Zara ada pendapatnya yang tersendiri.

“Sejujurnya pada mulanya saya tidak tahu permainan ini menyediakan hadiah untuk pemenang. Saya ingatkan ia hanyalah permainan dan bukan pertandingan. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang kerana saaya bersaing dengan otai-otai yang sangat hebat.

Bercakap mengenai kecaman, kalau saya tak masuk super spontan pun tetap kena kecam. Jadi saya terima sahaja. Namun diakui sebagai perserta perempuan agak susah untuk jadi ‘over’ dan saya masih perlu menjaga batas”, ujarnya.

Kata Zara lagi, dia akan cuba mendaatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari rakan baiknya iaitu Jihan Muse yang berpengalaman menyertai super spontan sebelum ini.

Selamat berjaya SURIA ucapkan kepada Zara Zya

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!