72038

Seseorang Bongkar Cerita Sebenar Tentang Punca Neelofa Tarik Diri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kami di SURIAfm tahu ada segelintir pembaca yang sudah mula meluat dan muak dengan kisah antara pelakon Fattah Amin dan juga Neelofa tetapi apa boleh buat, kisah mereka masih mendapat liputan meluas dari pihak media.

Baru-baru ini Neelofa dikhabarkan telah menarik diri dari membintangi drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

foto-neelofa-pakai-tudung-hitam

Disebabkan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak puas hati apabila Neelofa enggan memberitahu mengapa beliau menarik diri dari drama tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan Poklip dalam akhbar Utusan Online baru-baru ini, ada seseorang rakan telah membocorkan rahsia bahawa sebenarnya Fattah yang menolak untuk berlakon bersama dan bukanlah Neelofa.

cufdjkpwiaaecu7

Setelah dipujuk oleh pengarah drama tersebut dan Neelofa untuk berganding semula demi peminat, Fattah Amin masih dengan keputusannya.

“Ada seorang kawan Poklip bagi tahu sebenarnya yang menolak untuk berlakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC) bukanlah Neelofa, tetapi Fattah sendiri. Kawan Poklip cerita, Fattah dikatakan betul-betul bertegas tidak mahu terlibat drama itu. Puas semua memujuk, dia tetap tidak berganjak daripada keputusannya itu. Biarpun Neelofa dikatakan memujuk pelakon lelaki itu demi memenuhi permintaan peminat, Fattah tetap tidak mahu. Kalau betul, apa yang membuatkan pelakon itu berkeras hati tidak mahu berlakon HSC ya?”

Jika benarlah dakwaan yang dikatakan ini, diharapkan Michael Ang ataupun Fattah Amin dapat tampil untuk menjelaskan situasi sebenar demi peminat supaya tidak akan ada cerita-cerita ‘nakal’ selepas ini.

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!