93885

Setelah 20 Tahun, Westlife Masih Lagi “Mantap!” - Suria FM - Segalanya Hiburan

Peminat Westlife terakhir kali melihat kumpulan Irish ini beraksi pada tahun 2011 semasa mereka mengadakan konsert album berjudul Gravity dan selepas 8 tahun  kemudian mereka kembali menghangatkan pentas di Malaysia dengan konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ in Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 7,000 penonton di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, baru baru ini.

Kuartet Westlife yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily bukan saja menampilkan persembahan bertenaga dan mantap, namun keseluruhan produksi daripada props, wardrobe dan juga penata cahaya konsert itu sememangnya luar biasa.

Konsert tersebut membuka tirainya dengan lagu “Hello, My love dan Swear It Again. Terus membuatkan penonton mengimbau kembali detik-detik permulaan kumpulan tersebut.

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan Westlife iaitu Byrne mengambil peluang untuk berkongsi maklumat mengenai kehilangan Nora Anne Quoirin – 15 tahun yang hilang di sekitar Seremban di mana tempat mereka bercuti. Penyanyi itu turut mengatakan bahawa dia dan ibubapa remaja itu turut saling berhubung dan harap penonton yang hadir dapat menyebarkan infomasi tentang kehilangan Nora Anne kepada orang ramai.

Westlife juga membuat persembahan istimewa untuk memperigati kumpulan Rock “Queen” dengan menyanyikan lagu popular mereka seperti “ Another One bites The Dust, Radio Gaga, I want to Break Free, Somebody to Love, Don’t stop me know dan banyak lagi.

Westlife juga mengakui ingin meninggalkan memori terindah buat semua yang hadir  sebagaimana diberikan peminat sepanjang 22 tahun kerjaya mereka sebagai penghibur.

Konsert berkenaan yang berlangsung selama dua hari itu adalah sebahagian daripada siri jelajah Westlife di seluruh dunia. Konsert itu adalah bagi meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.

Kumpulan Irish tersebut meninggalkan kenangan terindah buat penontonnya menerusi lagu popular mereka termasuklah If I Let You Go, Flying Without Wings, World of Our Own, My Love, World of Our Own, Queen of My Heart, Uptown Girl, I Have A Dream, Swear It Again, mereka juga sempat menyanyikan lagu “Queen of My Heart” versi akustik yang membuatkan para penonton terbuai-buai dengan nyanyian mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!