84849

Seven Collar T- Shirt Kembali Dengan 'Lines' - Suria FM - Segalanya Hiburan

thumbnail

Para peminat muzik Indie mesti kenal dan ingat akan kumpulan Seven Collar T-Shirt.

thumbnail-3

SevenCollar T-Shirt merupakan sebuah kumpulan yng sudah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

thumbnail-1

Dan kini, Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.

thumbnail-2

Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan. Ia amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album keempat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu

Malah muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh juga ditonton di laman Youtube Laguna Music.

bts_scts_084

bts_scts_050

bts_scts_068

SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009),

Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

Jadi kalau anda peminat Seven Collar T-Shirt pastikan anda mengikuti perkembangan terbaru mereka!

Sebarang pertanyaan untuk Kumpulan Seven Collar T’shirt , sila hubungi Jefferey Little di jeff@lagunamusic.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!