95327

SEVENTEEN Kembali Ke Kuala Lumpur Pada 22 Februari 2020 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kumpulan penyanyi daripada Korea Selatan, SEVENTEEN akan kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah dunia mereka, SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> pada 22 Februari 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kali ini merupakan kali ketiga kumpulan SEVENTEEN membuat persembahan di Kuala Lumpur selepas konsert jelajah dunia mereka pada tahun 2017 dan 2018.

Sejak mengumumkan Kuala Lumpur, Malaysia merupakan antara lokasi jelajah dunia SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU>, peminat SEVENTEEN, CARAT teruja mendapatkan butiran pembelian tiket demi tidak melepaskan peluang bertemu kumpulan kegemaran mereka.

Penganjur SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> di Kuala Lumpur, iME MY telah mengumumkan penjualan tiket secara rasmi bermula pada 2 November 2019 di Atria Shopping Gallery.

Jangan risau pada yang terlepas dapatkan tiket pada minggu lepas, jualan tiket secara online masih terbuka. Layari www.ticketcharge.com.my untuk pembelian tiket SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> di Kuala Lumpur.

Tiket SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> di Kuala Lumpur dijual pada harga RM687, RM587 (Zon ODE), RM587 (CAT 1), RM487 (CAT 2) dan RM287 (CAT 3) tidak termasuk yuran pemprosesan RM4. Setiap seorang hanya boleh membeli sehingga enam tiket bagi setiap transaksi.

Atas tujuan keselamatan, penganjur iME MY menggesa peminat untuk tidak membeli tiket dari mana-mana pihak ketiga atau penjual semula bagi mengelakkan membeli tiket palsu. Dapatkan maklumat lanjut di platform media sosial iME MY.

SEVENTEEN memulakan jelajah dunia mereka <ODE TO YOU> di Seoul, Korea selama tiga hari pada bulan lepas. Tiket konsert untuk tiga hari berkenaan habis terjual serta merta membuktikan populariti kumpulan tersebut.

Nama <ODE TO YOU> sebenarnya memberi maksud istimewa iaitu ‘Lagu Untuk Anda’. SEVENTEEN juga baru mengeluarkan album ketiga mereka yang berjudul ‘An Ode’ di mana 11 lagu daripada lagu-lagu di dalam album tersebut disusun oleh anggota SEVENTEEN iaitu Woozi sendiri bersama Bumzu. Ahli SEVENTEEN yang lain pula terlibat dalam penggubahan untuk lirik lagu ‘Fear’ dan ‘Hit’.

SEVENTEEN mempunyai 13 orang ahli yang terdiri daripada S.coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, 8, Mingyu, DK, Seungkwan, Vernon dan Dino.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!