93067

Sewindu Tour Hadiah Dari Tulus - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud  lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.

Penyanyi lelaki terkemuka Indonesia ini akan mengadakan konsert keduanya di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.

Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia.

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany.

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR

 

Tarikh:                   3 Ogos 2019

Masa:                     8.30pm

Venue:                   Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Laman Web:         www.shirazprojects.com

Harga tiket:          RM860 (Meet & Greet)

RM460 (Diamond)

RM360 (Platinum)

RM260 (Gold)

RM200 (Silver)

RM160 (Bronze)

Tiket:                     www.myticket.asia

Contact:                03 8605 0195

Info Hotline:        012 256 0082

Facebook:             shirazprojects

Instagram:            shirazprojects

Hashtag:              #TulusSewinduTourKL

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!