97776

Shah Rukh Khan Dikritik Tak Bantu Masyarakat Oleh Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

SETELAH dikritik oleh netizen kononnya tidak membantu masyarakat di India mengatasi penularan wabak Covid-19, akhirnya pelakon Shah Rukh Khan menunjukkan bukti dia turut serta dalam misi bantuan tersebut.

Menurut laporan The Daily Star, Shah Rukh Khan atau SRK mendedahkan dia menghulurkan sumbangan kepada masyarakat di beberapa negeri dan menjadikan pejabatnya sebagai tempat kuarantin pesakit Covid-19.

SRK dan isteri, Gauri Khan mengubah pejabat empat tingkat milik mereka menjadi lokasi menempatkan individu perlu dikuarantin tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Usaha pasangan ini disambut baik oleh pemerintah di Kota Mumbai yang turut berterima kasih atas tindakan mulia pelakon ini.

“Kami berterima kasih kepada SRK dan Gauri Khan kerana menawarkan bangunan pejabat mereka bagi ruang untuk kuarantin.

“Ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuklah pesakit kanak-kanak, wanita dan orang tua,” kata wakil Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) di Twitter.

Selepas pendedahan itu, rata-rata peminat memuji tindakan Shah Rukh Khan dan berharap lebih ramai selebriti membantu menghulurkan sumbangan ketika negara mereka sedang berdepan wabak yang boleh membawa maut ini.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!