97560

Shah Rukh Khan Gesa Masyarakat Kurangkan Aktiviti Luar Elak Covid-19 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menggesa peminatnya mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menerusi Instagram, Shah Rukh Khan atau SRK meminta masyarakat tidak mendedahkan diri dengan virus tersebut dan sentiasa mengikuti langkah-langkah pencegahan.

“Seluruh dunia diserang koronavirus yang telah menyebabkan malapetaka.

“Waktu sulit ini, jika kita semua bekerjasama kita akan dapat menghentikan bahaya ini dari menjadi kerosakan yang lebih parah,” katanya menerusi rakaman video di laman tersebut pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, SRK turut memaklumkan Mumbai sudah bersiap-sedia berdepan wabak tersebut terutamanya barisan petugas kesihatan.

“Tanpa peduli kesihatan mereka, pihak berwajib dan doktor di lapangan terbang sudah bersedia memeriksa setiap pelancong.

“Mereka semua melakukan tugas mereka. Kita kena memberikan kerjasama dengan mereka.

“Jadi apa yang boleh kita lakukan? Kita belajar jadi orang bertanggungjawab, tak kira di mana berada, sentiasa cuci tangan. Kalau boleh elakkan diri dari tempat ramai orang untuk 15 hari ini,” ujarnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...