71759

Shaheizy Sam Larang Syatilla Melvin Terima Tawaran Berlakon Setelah Hamil - Suria FM - Segalanya Hiburan

Suami mana tidak sayangkan isteri, bukan? Lagi lagi apabila isteri sedang hamil dan begitulah juga reaksi Shaheizy Sam kepada Syatilla Melvin. Menurut Syatilla, Sam melarangnya untuk berlakon sebaik sahaja disahkan hamil.

“Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti kecewa. Cuma terdetik juga di hati, mungkin saya hamil kerana selama ini, tidak pernah berdepan masalah kitaran haid”

6-Syatilla-Melvin-Hamil-Shaheizy-Sam-Larang-Berlakon-ROTIKAYA-591x750

“Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif. Suami seperti hilang kata-kata apabila doktor memaklumkan saya hamil ketika kami melakukan pemeriksaan lanjut di hospital,” jelas Syatilla kepada BH Online.

7-Syatilla-Melvin-Hamil-Shaheizy-Sam-Larang-Berlakon-ROTIKAYA

Tambah pelakon wanita itu lagi, Sam juga terlalu sebak dan gembira sebaik menerima berita bahawa mereka bakal menimang cahaya mata. Malah Sam juga akan berusaha untuk memenuhi segala keinginannya walaupun kadang kala Sam penat dan sibuk dengan kerja.

Sumber: rotikaya.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!