72557

Shahir Nafi Kembali Aktif Sebab Nak kahwin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi menafikan dakwaan yang mengatakan beliau kembali aktif dalam bidang nyanyian kerana mahu berkahwin dengan Erra Fazira.

Shahir sewaktu ditemui di sidang media AF Megastar berkata, selama hampir tiga tahun menghilangkan diri dari industri hiburan tanah air, ramai peminatnya yang sering bertanya dan rindu mendengar suaranya.

screen-shot-2017-08-24-at-12-08-11-pm

“Saya rasa terharu dengan sokongan mereka, di situlah titik permulaan saya berhajat untuk buat ‘comeback’. Kebetulan bila saya berhajat macam tu, Astro panggil untuk menyertai AF Megastar. Saya rasa ini lorongan yang tepat yang Allah bagi untuk saya”, jelasnya.

Melihat penampilan terkini Shahir yang begitu segak bergaya, ramai yang beranggapan bahawa beliau sedang bekerja keras dan kembali dalam industri kerana mahu berkahwin dengan Erra Fazira. Namun Shahir menyangkal dakwaan itu.

screen-shot-2017-08-24-at-12-17-26-pm

“Saya pernah belajar satu ketika dahulu, syarat sah atau wajib nikah tidak perlu menyanyi, tiada sebab saya kembali menyanyi kerana nak kahwin”, katanya dalam nada berseloroh.

Ditanya tentang kerjayanya yang ibarat tenggelam timbul di dalam industri, katanya dalam kerjaya seni ibarat roda yang berputar.

screen-shot-2017-08-24-at-12-09-33-pm

“Saya tak dapat nafikan ramai yang takut andai saya hilang lagi dalam industri, ini adalah ruang untuk saya membuktikan dan mungkin masa yang akan meyakinkan mereka kembali.

Saya bukan tak serius, cuma kadang-kadang dalam kerjaya seni ini kita tidak tahu berapa lama. Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah dan perlu ada persediaan untuk cabang yang lain”, terangnya.

Rindu peminat bakal terubat apabila Shahir bakal berentap dalam AF Megastar yang akan bermula pada 3 September 2017 nanti di Astro Ria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!