91513

Shahrol Pelawak Pertama Buat Persembahan Di Dewan Filharmonik Petronas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejarah tercipta buat pelawak dan penyampai radio SURIA, Shahrol Shiro apabila menjadi pelawak pertama yang dapat membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas.

Shahrol membuat penampilan istimewa di konsert Tomok dan Black Hanifah yang berlangsung di dewan berprestij itu pada 28 November lalu.

Kemunculan Shahrol adalah kejutan buat seluruh peminat yang hadir kerana mereka tidak tahu Shahrol akan menyanyi bersama Black untuk lagu teman Pengganti.

Persembahan mereka mendapat sorakan gemuruh dari peminat yang sangat terhibur dengan persembahan duo mereka itu.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Shahrol kerana telah mencipta sejarah sebagai pelawak pertama yang membuat persembahan di dewan berprestij Filharmonik Petronas.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!