72419

Shahrol Shiro Penyampai Baru Suria Pagi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelawak dan pengacara popular Shahrol Shiro telah dipilih menjadi penyampai radio Suria. Pengumuman Shahrol sebagai penyampai baru Suria FM telah diadakan pada 10 Julai bertempat di Caffe Pascucci, Tropicana City Mall.

Turut hadir pada majlis itu adalah, Ketua Pengurusan SMRG seperti Dato Aminuddin Rouse (Pengerusi SMRG), Roy Tan (Ketua Pegawai Eksekutif SMRG) dan Subarma Mohtaruddin (Pengurus Besar Program Suria FM) serta penyampai-penyampai Suria FM.

Menurut Subarma, Shahrol dipilih berdasarkan karisma dan bakatnya dalam menyesuaikan diri dengan watak yang diberikan kepadanya.

“Kami melihat Shahrol sebagai seorang penghibur yang akan memberikan pesanan dan informasi dalam suasana yang lebih santai.

Dengan tambahan ahli keluarga Suria ini, kami mengharapkan ia akan menjadi perangsang kepada pendengar untuk mendengar Suria setiap hari”, katanya.

“Oleh kerana kini Suria sedang memperluaskan platform digital dengan penerbitan program-program sendiri, diharapkan penglibatan Shahrol dapat membawa jenama Suria ke tahap yang lebih tinggi”, jelas Shahida Azad Jamaludin, Pengurus Kanan Penjenamaan dan Digital Suria.

screen-shot-2017-07-10-at-3-13-06-pm

Shahrol sewaktu ditemui berkata, beliau menerima tawaran menjadi penyampai radio di Suria kerana sejak sebelum bergelar artis lagi, beliau memang sudah meminati bidang penyampaian radio. Malah sebelum ini juga beliau pernah menjadi penyampai di salah satu stesen swasta.

Shahrol akan ditugaskan sebagai penyampai untuk segmen Suria Pagi bergandingan bersama dua lagi penyampai iaitu Zulin Aziz dan Fizi Ali.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk bangun awal pagi, Shahrol berkata beliau sudah biasa bangun awal pagi. Malah sebelum bergelar artis, beliau adalah pekerja di sektor kerajaan yang menuntutnya bangun awal pagi.

Gandingan trio ini telahpun ke udara pada hari Isnin tanpa memperkenalkan siapa pemilik suara ketiga. Pengumuman siapakah pemilik suara tersebut dibuat menerusi segmen Suria Petang kelolaan Tyzo dan Suraya. Dan yang lebih menarik, pendengar Suria yang dapat meneka suara Shahrol menerusi akaun WeChat Suria FM akan memenangi wang tunai sebanyak RM200!

Dengarkan celoteh dan keletah trio baru Suria Pagi iaitu Zulin, Fizi dan Shahrol menerusi frekuensi Suria di negeri-negeri anda setiap hari bermula jam 5 pagi hingga 10 pagi. Layari juga media sosial Facebook dan Instagram Suria serta laman web www.suria.my untuk mengetahui maklumat dan aktiviti terkini Suria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!