72089

Shakilla Pilih Penyampai SURIAfm Sebagai Bakal Suami - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai SURIAfm yang mengendalikan segment Suria Pagi bersama Halim Othman dan Zulin Aziz iaitu Fizi Ali bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihannya yang merupakan seorang pelakon, Shakilla khoriri.

kami dah habis kerjaa!!terima kasih korang yang dengarkan ceria pagi tadi..sayang korang..xoxo #ceriapagi #cantikweyy @suriamalaysia

A post shared by Fizi Ali (@fizi_ali) on

Apa yang difahamkan mereka bakal disatukan selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh walaupun ia sudah ditetapkan.

Shakilla menjelaskan bahawa mereka sudah bersetuju untuk mengadakan majlis secara sederhana kerana bagi mereka kehidupan selepas alam perkahwinan itu lebih penting.

ini hari shin chan nak belanja makan..busy naw2 dia ni

A post shared by Fizi Ali (@fizi_ali) on

Jom kita baca penjelasan dari Shakilla sendiri.

“Apa yang penting adalah kehidupan selepas majlis perkahwinan itu nanti. Dulu berangan juga mahu majlis besar-besaran, tetapi sekarang ini kalau boleh buat secara kecil-kecilan sahaja. Kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini juga. Insya-Allah selepas Aidilfitri. Tarikh sudah ada cuma nanti kami akan umumkan.”

Wah wah wah! Tahniah buat Fizi Ali dan Shakilla! Kami di SURIAfm mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Pandai Fizi cari calon isteri yang comel!

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!